Hijab and Trend

Bismillahirrahmanirrahim..

First of all, nak bagitau apa yang aku tulis ni sekadar my personal opinion, my very point of view and I take it a lot from other's pov as well.

Hijab. Tudung. Jilbab. dan yang seangkatan dengannya. Tak kisahlah whatever you choose to call it but it suppose to cover your aurah. Kan? ladies and gentlemen sekalian, tutup aurat ni dah lama Allah S.W.T suruh, dalam al Quran ada mention lagi tu, bukan saja-saja tau tp ada kepentingannya Allah suruh kita jaga aurat.

Aku pun bukanlah perfect sgt. Nobody is perfect, even aku dah berhijab sekalipun I wouldn't say that I am the perfect example of a muslimah. Pakaian aku pun takdelah menunjukkan gaya muslimah sgt. Tp satu hal yg korang kena tau eh pasal berhijab ni, lakukan kerana Allah S.W.T bukan kerana trend. Pendek kata lakukan apa-apa pun kerana Allah, kalau kita letak Allah sebagai yg no 1 dalam hati, insha Allah everything is going to be fine :)

Aku mula pakai tudung waktu aku form 4. Waktu tu bulan puasa. Cerita dia panjang sbnrnya, so aku takmau cerita (anyway that's not the point). Waktu aku decide nak pakai tudung tu kan, trend hijabster ni baru start, that time baru famous dgn stail 'Hanatajima'. Kalau korang ingat, everywhere you go merata kau tgk org buat stail tu. hahahah

Perlu diingatkan, 16 is an active age. Flowery age. Umur yg kau baru nak up gitu. Waktu kau baru nak mengenal cabaran hidup. Sblm aku decide nak pakai tudung, Satu perkara je yg terlintas dlm otak aku. "Nanti aku dah tak boleh bergaya mcm aku selalu buat. Buat ponytail dgn colourful headbands, tak boleh nak huhaa sgt dgn kwn2" Mcm mcm lagilah yg ada dlm kepala otak aku.

Tp kan cabaran paling besar bila kau dah pakai tudung ni adalah utk sentiasa istiqamah. Utk capai istiqamah tu kau perlukan sokongan. Alhamdulillah aku takda masalah, kawan-kawan semua support, family lagilah. And for your information, my parents tak paksa pun. So I can say proudly that aku decide nak berubah ni mmg sbb atas aku sendiri. Bukan sebab trend.

K apa korang perlu buat kalau ada kawan korang decide nak berubah? Eh mestilah support! Walaupun itu bermaksud hanya kau sorang je yg support. Mcm nilah, aku ada kawan. Kawan yg sgt rapat dgn aku dekat sekolah. Basically we were both free hair mula2, cuma bezanya dia lagi social nak compare dgn aku. Tp dekat skolah tu, dia bnyk musuh sbb apa aku pun taktau. Biasalah manusia kan. Disebabkan itu, kwn aku ni jadi depressed. Depressed sbb org bnyk duk kutuk pasal dia, senior-senior stalk fb dia pastu sebarkan gosip murahan.

As a person yg rapat dengan dia, of course kena bagi dia kta-kata semangat. I repeatedly said to her that ignore whatever those ******* say. Lepas aku berhijab, she's happy for me. Too happy sampai dia menangis. Menangis pasal apa pulak? Dia kata mcm ni dekat aku: "untung kau kan, berani ambil keputusan nak berubah. Kau tolak tepi je apa pandangan org terhadap kau. Aku nak sgt berubah, tapi everytime aku nak berubah, semua org mcm memperlekehkan tindakan aku tu. Cakap aku ni tak payah nak berubah la, tak sesuai la"

See? Nampak tak betapa besarnya pengaruh org sekeliling ni terhadap kwn aku? She tried so hard nak berubah tp pressure mengatasi segala-galanya. I was there with her for two years, cuba sebnyk mungkin utk bantu dia pekakkan telinga drpd dengar caci maci org. And I can see that ada sedikit perubahan positif pada diri dia. Aku dgn dia saling membantu. Aku sendiri pun masih dlm proses utk menjadi yg lebih baik.

 Lepas habis form 5 pun dia still tak berhijab, aku hanya mampu doakan jelah dari jauh. Siapa yg nak kan member yg kau sgt2 syg masih lg mendedahkan aurat dia secara percuma? Nak jumpa susah, dia belajar kat Melaka, aku dekat PJ. Nak selalu berwhatsapp pun masing-masing busy. Tiba-tiba satu hari tu, aku perasan gmbr dia yg seksi semua tu dia dah buang and ada satu gmbr je dia pakai tudung.

Oleh sebab rasa ingin tahu tu kuat, maka aku tanya dia. And she said yes Alhamdulillah dia dah pakai tudung. Finally she got the courage to change. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya Allah S.W.T jawab jgk doa aku tu. The most important thing is, she got numerous support from her friends at her campus.

See? Kau nampak tak perbezaannya bila kau support dan tak support org yg berniat nak berubah. Tak kisahlah dulu perangai dia mcm b**** ke apa, tp bila dia dah niat nak berubah, bukan ke itu satu perkara yg baik?

Pasal trend ni lain cerita. Sebagai perempuan yg mempunyai 1 akal 9 nafsu, its normal utk kau cuba ambil tau dan try trend trend terkini. Jadi tak hairan pun sbnrnya. Mcm akulah, siapa kata aku tak update pasal fashion muslimah? Ada hokayy cuma aku malas je nak terlampau ikut trend. Aku ikut setakat mana yg termampu je, malas nak buh accessories bnyk-bnyk. To me bersederhana is better. Ajaran Nabi pun ada sebut kan, lebih baik bersederhana. Even Rasulullah pun sgt humble orgnya. Cuma kalau ada aku terover sikit tu maaplah ye.

So itu je aku nak share kali ni. Harap maaf kalau ada yg silap ke apa eh ;)

Comments

Popular Posts