Growing Up As A Daughter

Bismillahirrahmanirrahim..

first of all, nak minta maaf for the extremely long post. Tp ni hanyalah pandangan aku semata-mata. Setuju ataupun tak, up to you guys ;)


Baru-baru ni, aku baca banyak betul cerita yang pelik-pelik *kat dlm Malaysia mostly*. The lastest would be budak 11 tahun melahirkan anak. 11 tahun?! Hmm zaman aku dulu, umur 11 tahun baru dapat ilmu tentang apa itu period, cara nak pakai pad bla bla bla..

Things have changed so much. Kids nowadays are not the same as the 80’s-90’s kids. Diorg lg matang drpd kita. Kadang-kadang aku terfikir juga tau, how come diorg lg arif about ‘cinta' drpd kita yg so called ‘adults’ ni? Something wrong dgn education negara kita ke? No I don’t think so. Entahlah, world is getting crazier each day.

Mcm nilah, aku cuma nak habaq sikit. Actually bnyk je korang jumpa kat dlm fb, twitter pasal betapa pentingnya seorang perempuan tu jaga maruah diri, apa hukumnya couple tu. Jenuh dah weh lidah ulama, uztaz, penceramah, mak bapak duk bgtau yg apa guna korang couple bagai nak rak, tp kalau tak membawa ke gerbang perkahwinan.

Yes some label aku sbgi anti-boys. Sbb aku tak pernah ada experience couple couple ni semua. Cukuplah aku tgk jatuh bangun kwn2 aku sendiri sbb adanya ‘cinta’ ni. Mungkin sesetengah org kata, relationship is what makes them happy & stronger. Some even say, pakwe/makwe korang yg bg semangat utk korang capai cita-cita gituww.

Tapi kan, dlm korang duk sibuk cari kebahagiaan dgn org lain, what about your parents yg duk penat lelah cari duit bg kau sekolah, pakaian lawa-lawa, makan, tempat tinggal? Parents kau tak cukup lg ke utk bahagiakan korang?

Yes say whatever you want. Nak kata aku loser sbb berfikiran kolot? Silakan..no hal.

Aku cakap ni berdasarkan point of view aku. Dari zaman sekolah lagi aku dah tgk kwn-kwn aku yg kemaruk bercinta, sampai boleh jejaskan pelajaran. (Kalau yg excel in studies, its good for you lah). Umur aku dah 20, aku pun mcm typical girls yg lain, nak rasa ada boyfriend, nak rasa ‘dihargai’, nak rasa bila someone says something sweet to you. Itu lumrah. Aku pun seorang perempuan yg ada 9 nafsu. Menjadi fitrah manusia utk ada perasaan suka pada yg berlainan jantina. I mean semua makhluk ciptaan Allah S.W.T pun ada perasaan. Kan?

Tp bila aku tgk org-org yg jenis duk luar *tak duk dgn parents*, balik dinner pun jarang, asyik keluar dinner dgn pakwe/makwe je..aku terfikir jgklah. Mak korang masak tak sedap ke eh? Aku tak taulah pula kan kalau ada di antara korang yg ada family problems kot-kot mak tak masak ke apa en, tp mostly mak-mak ada je kat rumah tu yg sanggup turun dapur on the spot the moment bila anak call nak mkn itu ini.

Recently, aku keluar mkn dgn family aku dkt Dagang Avenue. Kalau mlm minggu yes bertaburlah muda-mudi melepak kat situ. Kalau mai mkn takpalah jgk, ni dgn duk hisap shisha, bermain mata dgn partner memasing, masya Allah maksiat berleluasa sungguh! Mmg jaranglah kau jumpa satu table tu penuh dgn family members je. So sementara menunggu order kami sampai, mak aku duk perhatikan sekeliling.

Mak aku ckp apa tau? Dia ckp, "diorg ni keluar lepak-lepak mcm ni mak bapak tau ke? Mama harap kakak tak mcm diorg. Nak keluar mkn dgn kawan-kawan tak apa, tp jgn duk buat perkara tak senonoh. Mama dgn papa mungkin tak nmpk, tp Allah nampak. Mama percayakan kakak, mama tau anak mama ni baik kan?"

perghh..perghh sentap siot. Waktu tu rasa nak nangis pun ada walaupun sejujurnya aku tak pernah buat benda-benda tu semua. Time aku lepak kat KFC dkt Mahsa sampai kul 1 pagi pun *sbb nak wifi*, ya Allah rasa dosa tu bertimpa-timpa kat bahu sbb aku rasa tak jujur dgn mak aku.

Utk yg tmpt belajar tu jauh, aku tak ada hal. Yg duk dkt dgn parents nilah, aku tak faham betul. Aku sendiri duk dgn parents aku lg. Bkn tak nak berdikari, bukan. I found the joy living under one roof with my family. Maybe sbb selama 3 thn aku duk asrama sblm ni, aku rasa mcm aku lack quality time dgn parents aku, family aku. Aku set otak aku fikir mcm ni: time study ni jelah aku ada peluang nak berkepit bawah ketiak mak bapak aku. Nanti time dah kerja, kotlah aku kena campak ke Korea ke, UK ke, time tu mmg its time for me to stand up and live on my own.

Waktu tu kita dah adult. Kita dah ada duit sendiri, boleh ‘berjalan’ dgn sendirinya. Itu belum lg masuk bab nak kahwin. Kau imagine eh, utk melepaskan sesuatu yg dia jaga selama *insert umur*, bkn sesuatu yg mudah. Anak perempuan misalnya. Kau bayangkan perempuan A ni kahwin waktu umur dia 25 thn. Sebelum 25 thn tu dia masih di bwh tanggungan bapak dia, tiba-tiba selepas 25 thn dia bakal 'diserahkan' kpd seorang stranger yg bakal bergelar suami kpd A.

Apa kau rasa perasaan mak yg mengandungkan A, bapak yg jaga dan sibuk cari nafkah utk A?
Sedih beb. 

Bukan apa, benda yg selalu bermain dlm fikiran parents ni selalunya “boleh ke si fulan ni jaga anak aku mcm mana aku jaga anak aku selama ni?” “Boleh ke dia bahagiakan anak aku, manjakan dia mcm mana aku buat selama ni?”

Analoginya mudah je, ibarat kau beli kereta Audi. Kau bglah member kau pakai kereta Audi kau yg tak habis byr lg. Mesti kau berharap yg member kau akn jaga kereta Audi tu mcm mana kau jaga. Yelah kereta mahal tu! Kereta yg kau beli dgn gaji kau. Lepastu tiba-tiba member kau dgn sesedap ayam KFC dia je pergi calarkan kereta kau, dgn alasan “Sory weh tak sengaja.”

Fuhh terbakar tak rasa kalau dpt member mcm tu?
terbakar kan..

The same thing applies to the parents. Diorg expect pasangan hidup yg anak dia pilih akn jaga anak dia sebaik mungkin. Kalau kau tak boleh nak jaga anak org, baik tak payah nak kasi bunga-bunga cinta tu.
Bukan utk perempuan je, tp utk lelaki gak. Kau bayangkan eh, anak laki ni kalau jenis yg mummy’s boy, haa siaplah. Bkn apa, lelaki kategori ni biasanya apa yg dia nak, mak dia akn tunaikan. Well basically it’s about food sbb mummy’s boy mmg selera dia masakan mak je (itu pandangan akulah). What do you think mak laki ni expect drpd seorang perempuan yg bakal jd bini dia?

Mesti dia expect perempuan tu pandai masak! Tetiba pakej semua dah lengkap, tp bab masak dapur fail!
Haa bab masuk dapur ni mmg isu hangatlah antara org-org yg sebaya dgn aku. Sbb tu bapak aku *especially* sedaya upaya melatih aku utk jd cekap dkt dapur. Time aku cuti je, haaa automatically aku mcm masuk course memasak. Ada jelah dialog bapak aku dlm usaha dia utk menjadikan aku seorang menantu yg thorbaik :p

“Kakak kena pandai siang ikan, takdelah nanti mak mentua akak suruh siang ikan pun terkial-kial”
 p/s: aku dah pandai siang ikan hokayy ;)

“Memasak ni mcm seni kak, boleh main campak-campak je. Tak sedap tak apa, sbb itu namanya mencuba. Kalau tak sedap, kita cari jln mcm mana nak baiki.”

Haa amacam? Mcm professional chef tak bapak aku? Well utk pengetahuan korang, bapak aku pernah bkk kedai tomyam time aku kecik dulu. Time umur aku 3-6 thn kot. Bapak aku selalu bawak aku pi kedai, yelah mak aku kan doctor, almaklumlah busy...

Bila aku tny bapak aku apasal tutup kedai tu? *sbb aku tak ada memori langsung pasal kedai tu*
Kau tau apa bapak aku jwb?

Hahahahaha

“Dah tutuplah. Dulu papa selalu bawa akak pergi kedai tu sbb ingatkan anak dara ni boleh masuk dapur jd tukang masak sekali. Tp hmpph.. hampeh. Masuk dapur pun payah benar, kena panggil dulu baru reti nak pegang kuali.”

Hambik kau kena setepek dkt muka! Hahahahahaha.

Ok ok, aku dah melalut dah ni.

Kesimpulannya, aku cuma nak cakap satu benda je. Cherish your parents while they still alive. Pada aku bab jodoh ni serah kat Allah S.W.T. Bukan tak mau cari ke apa. Tp tak pelah, kita hanya mampu merancang Allah yg menentukan. Kalau mak bapak aku nak jodohkan aku dgn someone aku redha je kot. Yelah kalau dah parents kau yg cari, mesti yg terbaik kan? Parents mana tak nak yg terbaik utk anak-anak dia. Lg satu, biasanya arranged marriage ni bahagia sbb both side give their blessings tau. Bkn sbb typical drama nowadays yg kena kahwin paksa pastu happy ending. Haa tu salah konsep.

Its all about parents' blessings guys. Apa guna kau kahwin tp restu mak bapak takda. Keredhaan mak bapak keredhaan Allah juga ;)

Sekian daripada yg kuat bercerita :D

Comments

Popular Posts