2021: Update

 Hi and Assalamualaikum everyone,

Dah lama sangat tak tulis kat blog ni. The last post would be in 2019. Almost two years ago. Actually I did think of deleting this blog but I think I will never delete it kot. Dia mcm online biografi aku. Aku start blog ni masa zaman sekolah lagi, suka update semua benda sampailah suka tulis benda yang perlu je. Last sekali, terbiar bersawang. Blogger ni mcm dah kira old school. Orang lain yang memang rajin update or rajin menulis mungkin dah tukar ke platform menulis yang lain macam wordpress ataupun build their own website. Tp tu semua kena bayar/subscribe. Untuk aku yang dah dua tahun sekali update ni kekalkan jelah guna platform yang free.

Tiba-tiba aku teringat masa aku mula tulis blog ni. Rajin betul tukar template. Ikut mood. Kadang nak jadi pinky girlish gitu. Kadang nak nampak mcm professional blogger. Kadang nak nampak minimalistic (simple) gitu. Last sekali aku tukar template blog ni tah tahun bila. Sekarang pun mungkin option untuk free template lebih kepada wordpress. Blogger ni dah tak banyak sangat. Ini pun tadi, baru perasan sebenarnya boleh je add font type which is free. Selama ni duk guna default font or mana2 font yang dia bg dlm list tu. Hahahh noob betul. 

Kalau korang perasaan, in case korang go back to my old post. Boleh nampak lah evolusi aku menulis blog. Daripada merepek (ada yg lg merepek tp aku dah delete masa umur 22 mcm tu kot sbb sendiri malu :p) kepada tulis all in English sbb konon nak go international (manalah tau ada org drpd overseas baca blog aku ni kan) kepada tulis yg mcm biasa aku ckp iaitu rojak. Sebab tu aku rasa sayang nak delete blog ni. Ada event dalam hidup aku yg sangat berharga, aku abadikan dalam blog ni. Ada satu post tu aku rasa mcm bangga pulak dgn tulisan tu. Sebab aku tak sangka aku dapat tulis mcm tu pada usia yang muda. One of the earliest post where I started to write more on important matter.

Jadi hari ini, walaupun mungkin tak ada orang akan perasan blog ni tak apalah. Macam aku kata ini kan online diary/biography aku. Hari ini masa tengah rajin nak update blog aku summarize je apa yg jadi dalam hidup aku hahaha. Panjang kan mukadimah. Lama tak menulis, lepas gian la ni.

Hmmm ok nak mula dari mana eh..?

Mari kita mula daripada selepas aku grad pada September 2018. Mcm biasa, aku pun mula job hunting. Sambil job hunting aku cari benda yang aku teringin sangat nak buat daripada dulu, iaitu aktiviti sukarelawan (volunteering activities). Aku tak tau kenapa, tp aku mmg minat sgt nak volunteer melibatkan kanak-kanak. Dia mcm tau2 je aku mmg aim ke arah situ. Aku ingatkan yg spark my interest in volunteering ni selepas aku tgk ada video kat fb pasal projek buku jalanan Chow Kit. Tak silap aku organisasi ni bg buku & foods also to homeless kids area Chow Kit. Homeless kids ni sama ada yg kena buang parents so membesar di kawasan lorong, ada yg parents drug addict so they don't even bother about their kids, ada yg mmg miskin dan ada juga yg mak orang asing (foreign) kahwin dgn ayah (local) then tak register di Malaysia (nikah kat Thailand ke), jadi anak tu tak sah taraf. Mcm tak dpt jadi warganegara Malaysia. Some of the kids, when asked what they wanted the most is IC. Ya kad pengenalan. Sebab diorg tau, tak ada benda tu mmg diorg tak ada future. Tak boleh register masuk sekolah, kalau tak bernasib baik kena tangkap dgn imigresen ingatkan warga asing. Kesian kan. Anak-anak yg tidak berdosa, polos.

Minggu lepas baru aku sedar minat aku ke arah volunteering ni bermula sebab aku baca satu biografi pasal child trafficking in Nepal. Aku beli buku tu sbb Popular Ampang Point tgh buat clearance sale. Buku tu harga asal dia RM84.90 kot, jadi RM18.00 je. Gila aku tak beli. Aku tertanya-tanya kenapa harga buku ni sangat mahal. Turned out, I really made a good choice buying it.


Tajuk buku: Little Princes by Conor Grennan
picture from: Goodreads




Thanks to a friend I made during my volunteering days, I was able to share this great book and realized that the passion for volunteering started from this book. And my friend too, shared a book that made her become interested in volunteering. It was a book by Angelina Jolie. 


Tajuk buku: Notes from My Travels by Angelina Jolie
picture from: Goodreads



Anyways, back to when I was searching a job. Sambil tu aku cari volunteering opportunities. Masa tu aku cuma terpikir untuk volunteer melibatkan refugees. Mula-mula aku pergi hantar application kat website UNHCR Malaysia, tp diorg reply masa tu tak ada aktiviti sukarelawan. Kalau nak juga, volunteer utk kemas2 file kat office hq UNHCR Malaysia. Aku mcm errr ok tak nak. So aku google je senarai ngo yang buat volunteering activities. Terjumpa satu blog ni dia ada bg list ngo dgn matlamat yg berbeza yg offer volunteering activities. Dalam bnyk2 list tu (ada 5-6 je pun), aku tertarik dgn SUKA Society. Sebab dia mmg ngo yg memperjuangkan hak kanak-kanak. Aku pun register and tak disangka ada volunteering opportunities! So aku pun start lah volunteering dgn diorg pada October 2018. Details on what I did for volunteering tu aku cerita lain post pulak ye (kalau rajin hahaha).

Aku volunteer nak dekat setahun jugalah (10 bulan to be exact). Masih juga tak dapat job. At the same time aku apply sambung masters. Yg ni aku berbelah bagi sikit. Sebab banyak kan cerita pasal masters and phd graduates susah dapat kerja sebab tak ada experience langsung. And company tak nak bayar gaji tinggi ikut lulusan kau kalau tak ada experience. In the end, semua jadi lecturer dan bg input kepada students pun tak clear sbb they have no real experience in working industry. Pasal ni, aku rasa depends kepada individu jgk kot. Ada yg pandai mengajar, ada yg tak.

So selepas 10 bulan, aku berhenti jadi volunteer dan sambung masters di UM. Everything was fine until the darkest days of my life started. Kenapa darkest days? Ok ni aku baru nak cerita. Bear with me.

Aku join masters September 2019. Masters in Biomedical Engineering. Masters by coursework. Aku pergi kelas dengan azam baru nak buang jauh-jauh perangai buruk masa degree. Aku harap dah tak malu dengan diri aku yang tak dapat job mcm kawan-kawan satu batch yg dapat kerja after grad. Lama-lama aku mula anxious (the same old feeling aku rasa masa third year and final year degree). Lepas tu rasa benci gila nak pergi kelas. The idea of driving to class masa tu rasa marah tau. Marah yg aku tak boleh explain. Rasa suffocated whenever people mentioned how I was doing fine sbb sambung masters. 

Suddenly I found myself lari dari keadaan. Rasa tak confident. Rasa nak nangis everytime masuk kelas. Aku sampai tak buat assignment. Rasa mcm tak boleh buat, tak boleh faham. Rasa diri ini bodoh. Aku ponteng kelas. Luckily one of my classmates reached out to me. Dia tanya;

"Are you okay?"

Aku jawab;

"No, I am not okay but I don't know why and what makes me me feel so miserable."

"You know there are things you can't just keep it to yourself. Because I went through it too. If you want to tell me, then I'm all ears. But if you don't feel comfortable, then it's okay. You can also try to seek out professional help. Ada klinik kat UM, you can get a referral letter from there to go to psyhchiatrist in PPUM"

Dang! Aku tak pernah terfikir pun untuk seek professional help. And he is the first person who actually suggested me to seek for help. Dia tau dan pernah mengalami apa yang aku rasa dan dia tak judge aku. Akhirnya aku pergi klinik kesihatan pelajar kot (aku tak ingat apa nama klinik tu, tp klinik ni dlm UM utk pelajar dapatkan treatment). So dapatlah referral letter pergi PPUM. Masa aku pergi klinik kesihatan tu hari Jumaat, dan masa aku jumpa doktor kat situ dah pukul 3 ptg. Dapat je referral letter terus pergi PPUM. Rupa-rupanya situ memang dah tak ada walk-in treatment. Dulu ada, sekarang wajib dapatkan referral letter.  So aku gi PPUM dah pukul 4 ptg mcm tu kot. Pergi kaunter nurse sana ckp, utk kes baru consider walk-in. Walk-in pulak kena dtg pagi before pukul 11:30. Nak senang dapat slot dtg pagi2 pukul 9 a.m. Sbb by 11:30 a.m. tu selalunya slot dah full, belah petang lepas lunch hour pulak utk follow-up cases (appointment yang dah diberikan oleh psychiatrist masing2).

Proses utk dapatkan treatment tu aku ceritakan in another post jgk ye. Sbb nanti terlebih panjang jadinya. Ini pun dah taraf karangan SPM Bahasa Malaysia. 

Back to the main story, lepas aku dah jumpa psychiatrist kali pertama tu aku rasa lega sgt sbb akhirnya aku tau aku tak pelik utk rasa anxious for no reason. For your information, the doctor (psychiatrist) diagnosed me with minor depression. Good for me as I decided to seek help. Semester pertama utk masters pun berlalu.

Masuk second semester ni, keadaan semakin memburuk utk aku. Aku kembali merasakan benda yg pelik-pelik. Nak dijadikan cerita masa second semester ni (Feb 2020), Covid-19 dah start. Mac 2020, Malaysia dah kena full lockdown. All classes was suspended until May/June tak silap. Lepastu bermulalah era online classes yang aku rasa umum mengetahui bahawa cabaran online classes is on the next level. Dalam tempoh masa kelas kena on hold tu kan, aku sambung balik volunteering dgn buat online classes utk refugees.

Nak dijadikan cerita aku tak tahan dengan tekanan perasaan aku sendiri, jadi aku pilih utk lari dari keadaan sekali lagi. Lari punya lari sekali kantoi sebab aku patut grad dah tahun tu (sbb setahun je program masters ni). Parents aku marah besar sbb aku buat the same mistakes mcm masa degree dulu. Mak aku contact admin faculty and arrange for meeting dgn deputy dean. Meeting punya meeting oklah bg second chance kata mereka. Selalunya bila dah dpt second chance ni patutnya aku buat bagus2 la kan. Tp aku tak tahan. Aku start dengar suara-suara dan aku selalu dapat mimpi buruk. Aku rasa irritated. On the day aku patut submit aku punya thesis tu aku tak submit. Berita ni sampai ke parents aku. Dan akhirnya, mereka bersetuju untuk tidak paksa aku sambung belajar or ikut plan diorg lg dah.

If you asked me, did they know about me getting psychiatric help? Yes. Masa kantoi kali pertama tu. Mula-mula diorg tak percaya. Sbb aku nampak ok mcm biasa je kan dalam rumah. Lama-lama tu, bapak aku decide utk tak paksa aku dah. Ikut je apa perancangan aku. Jadi pada penghujung 2020, nama aku dikira blacklisted from UM kot. Cuma aku tak dapat apa-apa surat pasal aku kena tendang dari universiti. Baca mcm serius je kan kena blacklisted. Tp utk jiwa aku masa tu, aku rasa happy sgt sbb akhirnya aku rasa aku tak payah risau utk sembunyikan apa-apa from my parents.

Apa yang aku ceritakan dekat atas ni baru on the surface. The real drama masa kantoi aku tak pergi exam semua tu hmm aku nak cerita pun kena tunggu masa aku betul-betul free yang kita semua tahu entah bila lagi. 

Since 2021, aku kembali menjadi penganggur terhormat di rumah. Tapi kali ni aku tak pressure mcm dulu. So pada hari Khamis lepas (19 ogos 2021), aku dapat offer kerja. Walaupun temporary position tp aku tak kisah sbb pada akhirnya aku dapat keluar daripada circle kehidupan yg lama. Dan akhirnya aku akan dapat gaji! hahahah

Doakan aku guys supaya dipermudahkan urusan. Kalau ada rezeki, semoga dapat jadi permanent staff. Kalau tidak, dapat rezeki yang lebih baik di tempat lain. Amin..

Itu je untuk hari ni. Aku terfikir utk update blog ni pun sbb kebetulan aku punya supervisor mc harini. Dan dia belum pass kerja dia kat aku. Dia tgh go through email utk forward kan kerja. Sementara tu takkan aku nak hadap laptop je kan. Hehehe. 

Thank you for reading. Stay safe and take care everyone!


Best regards,

Nur Afifah





Comments

Popular Posts