Riding Public Transport

Bismillahirrahmanirrahim..

td baru je baca blog kwn pasal jumpa random people, and how sometimes apa yg kita borakkan dengan diorg tu boleh affect our lives indirectly. It's true. Sebagai 'anak jati KL', aku ni boleh dikatakan pengguna tegar public transport (especially lrt). Naik public transport ni selain drpd dpt elak jam, aku boleh assure yg setiap hari ilmu akan semakin bertambah.

Sebab apa?

Sebab dpt jumpa mcm-mcm ragam manusia, baik local mahupun tourists. Aku naik public transport kot setiap hari nak pergi kelas. Kalau aku cerita kat org lain laluan yg aku ambik setiap hari, mostly akan kata "that is sure very tiring". Dahla tkr aliran lrt dua kali, pastu kena naik bas. Mula-mula aku rasa susah, tp bila fikir balik kalau aku tak merasa tu semua skrg, bila lagi? Well if I have the opportunity to use public transport bila dah kerja nanti, why not?

Kalau pagi, kau boleh tgk wajah-wajah org yg nak cari rezeki, nak pergi menuntut ilmu. Penat ngantuk mcm mana sekali pun, itulah jalan yg perlu mereka lalui saban hari. Kalau waktu petang pulak, kau boleh tgk wajah-wajah org yg kepenatan, puas sbb dpt bwk balik sesuatu yg mungkin boleh dikatakan rezeki utk keluarga dia. Entahlah, everytime aku naik public transport aku suka observe. Observe manusia-manusia yg pelbagai sambil menghayati setiap peluang yg Allah beri utk aku 'mengembara'.

Ya mungkin 'pengembaraan' aku ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn org yg travel serata dunia. Walaupun perjalanan aku sama je setiap hari, tapi setiap hari itu jugalah aku dpt pengalaman baru. Apa org kata, hidup ini penuh dgn kejutan.

Sebenarnya aku sedih, tak lama lagi Mahsa nak pindah kampus baru. Kampus baru lglah jauh dr rumah so nak tak nak aku kena drive. Kena drive means takdelah experience naik public transport semua. Mungkin nampak mcm tak kena je sedih sbb tak dpt naik public, tapi seriousla kalau kita pandang naik public transport ni as something positive I'm sure there'll be more good sides of it compared to the bad sides.

Bagi aku those yg kata kena naik public transport sbb tak cukup duit nak isi minyak kereta whatsoever tu, sila sedar diri sikit. Bagi aku kalau bawak kereta ni, boleh buat kita hilang kewarasan tau. Sbb nak kena menghadap kerenah pemandu-pemandu gila lg, mana nak hadap jam lg, pikir duit minyak lagi. Aku bukan kata drive ni tak bagus, bukan.. aku pun ada lesen, boleh bawak kereta. But if I have a choice, I prefer riding public transport more.

Sekian. (maaflah terlebih bebel pulak)

Comments

Popular Posts